Selasa, 9 September 2008

Mesyuarat AJK PGB Kali Pertama berlangsung ceria walaupun dalam Bulan Ramadhan Al-Mubarak

9 SEPTEMBER 2008, Mesyuarat AJK PGB Negeri Selangor kali pertama telah diadakanSRA Seksyen 3, Shah Alam. Semua AJK wakil dari setiap daerah yang telah dilantik dalam Mesyuarat Agung yang lalu telah hadir bagi membincangkan usul dan cadangan yang telah dikemukakan oleh ahli pada mesyuarat Agung tersebut. Walaupun mesyuarat diadakan dalam bulan Ramadhan Al-Mubarak, tetapi ianya tidak melemahkan semangat semua AJK untuk memberikan pandangan dan cadangan demi memperkukuhkan lagi PGB.

Kepada semua ahli PGB Negeri Selangor, pihak PGB mengucapkan Selamat menjalani Ibadah Puasa di bulan Ramadhan Al-Mubarak. Semoga Ramadhan tahun ini memberikan kelebihan kepada kita dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberikan sebagai Guru Besar, juga dalam melaksanaan ibadah di bulan Yang Mulia ini.

Isnin, 8 September 2008

Pertemuan PGB dengan KPP BPI JAIS bincang penubuhan Majlis Permuafakatan Pendidikan Negeri Selangor

8 SEPTEMBER 2008, Satu perjumpaan antara KPP BPI JAIS dan pegawai BPI JAIS dengan AJK PGB Negeri Selangor telah berlangsung di Tingkat 2, BPI JAIS. Pertemuan tersebut adalah atas jemputan pihak KPP BPI JAIS bagi membincangkan majlis perjumpaan yang akan diadakan antara pihak BPI JAIS dengan semua YDP PIBG Sekolah-sekolah Agama Negeri Selangor. Majlis ini melibatkan Lembaga Zakat Selangor, BPI JAIS dan PIBG Sekolah-sekolah Agama Negeri Selangor.

Program tersebut akan diadakan pada 13 SEPTEMBER 2008, bertempat di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah, Shah Alam. Program akan bermula Jam 9.00 pagi dan dijangka berakhir jam 12.30 tengahari. Pihak BPI JAIS telah memberikan tanggungjawab kepada PGB Selangor sebagai Urusetia program tersebut. Antara slot pengisian untuk program tersebut ialah penerangan berkenaan zakat oeh LZS, program pengajaran Al-Quran dan Jawi Tahun 1 tahun 2009 dan perkongsian pengalaman dari Majlis Permuafakatan PIBG Petaling.

Sempena bula Ramadhan Al-Mubarak ini, peserta akan diberikan kurma sebagai buah tangan untuk dibawa pulang.