Isnin, 14 Disember 2009

MESYUARAT PGB SELANGOR TAHUN 2009

14 DIS 2009, bertempat di SRA Seksyen 3 Shah Alam Mesyuarat PGB Selangor bagi tahun 2009 telah diadakan. Mesyuarat pada hari ini telah diadakan pada waktu petang sebagai mematuhi nasihat yg telah diberikan oleh Ust. Bustamam supaya Badan NGO (PGB Selangor) mengadakan mesyuarat pada waktu petang. Semua wakil Guru Besar dari semua daerah di negeri Selangor menghadiri mesyuarat tersebut kecuali daerah Kuala Selangor.

Mesyuarat pada hari ini antaranya membincangkan tentang permohonan PGB Selangor utk membuat soalan Percubaan PSRA 2010, Hak pengedaran Buku Kerja, Buku Iqrak, Buku RPH,Buku SUWA dan Takwim PGB bagi Tahun 2010.

Pada tahun 2010 PGB Selangor telah merancang untuk mengadakan mesyuarat AJK sebanyak 4 kali setahun, mengadakan Mesyuarat Agung PGB bersama dengan Multaqa. Selain daripada itu PGB juga merancang mengadakan kursus peningkatan perkhidmatan kepada Guru-guru Besar dan juga lawatan ke luar negara ke Pekan Baru, Riau, Indonesia.

Mesyuarat juga membincangkan tentang kertas kerja penubuhan Koperasi Guru-guru Besar SRA Selangor (KOGUBES) yang anggotanya akan terdiri dari semua Guru Besar dan juga Guru-guru Besar yang telah bersara atau pencen. Dalam mesyuarat tersebut juga mesyuarat telah memilih logo utk Koperasi KOGUBES yang telah dipilih logo hasil ciptaan Ustaz Abd. Razak. Semoga KOGUBES akan dapat dilaksanakan seperti yang dirancang untuk kepentingan dan manfaat semua ahli.
Alhamdulillah mesyuarat telah berjalan dengan lancar walaupun agak lewat berakhir. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 7.10 malam. Semoga mesyuarat yang diadakan memberi manfaat kepada semua Guru-guru Besar SRA dan SRAI Selangor. Insyaallah.

Tiada ulasan: